ASPEK KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH

Aspek komunikasi merupakan perkara yang perlu dititikberatkan dalam bilik darjah. Ini kerana murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. mereka akan bersama setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku manusia. Terdapat perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain yang mendesak guru menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting guru memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.
                      
Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin pengurusan bilik darjah yang efektif. Salah satunya adalah kemahiran berkomunikasi dan ianya teras kepada pembentukan budaya yang positif dalam bilik darjah. Komunikasi merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Oleh kerana pengurusan bilik darjah melibatkan manusia iaitu guru dan murid, perhubungan antara mereka sentiasa wujud dan penting. Proses sosialisasi tidak akan di bilik darjah tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud komunikasi.

Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samaada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima maka komunikasi berkesan telah berlaku. Ketika guru menulis di papan hitam untuk kegunaan murid- murid maka komunikasi lisan telah berlaku.Menurut Feeney (1983) mengatakan bahawa komunikasi merupakan satu proses untuk menyampaikan maklumat, mesej atau isyarat kepada pihak lain. Proses komunikasi dibina daripada pengalaman dan persefahaman antara kedua- dua belah pihak. Tindak balas atau reaksi yang lahir daripada proses komunikasi ini adalah berpunca daripada pengalaman dan persefahaman yang wujud antara mereka.
Antara ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran komunikasi di bilik darjah ialah:
1.           Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi.
Mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki komunikasi. Wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni. Murid tidak akan rasa berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang disenangi oleh guru dan rakan lain.
2.           Menggunakan bahasa yang berkesan.
Bahasa merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik darjah. Mesej atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid perlu menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret- leret akan menyukarkan pemahaman dan mungkin akan berlakunya penyalahan tafsiran.
3.           Kesediaan untuk mendengar.
Komunikasi berlaku antara dua pihak, iaitu pemberi maklumat dan penerima maklumat. Walaupun guru merupakan orang yang terpenting sebagai pemberi maklumat di bilik darjah, guru juga perlu menjadi penerima maklumat. Kesediaan guru untuk mendengar apa yang diujar oleh murid dapat mewujudkan suasana yang baik untuk proses berkomunikasi. Murid akan lebih bersedia untuk memberi pandangan mereka sekiranya mereka mengetahui bahawa guru mereka sedia untuk mendengar.
4.           Menghormati perasaan orang lain.
Proses komunikasi juga melibatkan domain efaktif, di samping kognitif dan psikomotor. Sebagai guru, seseorang itu perlu menghormati orang lain, termasuklah menghormati perasaan atau emosinya. Murid yang tersinggung perasaannya tidak akan berkomunikasi dengan baik. Atau mungkin ia tidak mahu lagi berkomunikasi dengan guru. Guru perlu sedar akan perasaan atau isi hati muridnya agar dapat mewujudkan iklim yang sesuai untuk berkomunikasi di bilik darjah.




No comments:

Post a Comment