Proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu bilik darjah dipengaruhi oleh pengurusan yang berkesan. Guru haruslah bersikap positif dan memberi perhatian kepada pengurusan bilik darjah yang dapat membantu pelajar menerima pelajaran secara berkesan. Asas dalam kejayaan pengurusan bilik darjah adalah dari segi hubungan antara pelajar dan guru serta hubungan sesama pelajar yang positif, saling membantu antara satu sama lain. Pelajar biasanya berusaha untuk bekerjasama dan menggembirakan guru yang mereka suka. Peranan dan sikap guru amatlah penting dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang optimum. Guru juga haruslah peka kepada perubahan tingkah laku pelajar yang mungkin mencetuskan ketidakfahaman sesama sendiri. Perhubungan mesra antara guru dan pelajar hanya dapat dibina jika pelajar berasa gurunya bersikap adil, saling mempercayai dan mengambil berat antara satu sama lain.
Menurut Abdullah Sani (2006), kecekapan pengurusan bilik darjah seseorang guru berkait rapat dengan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah merupakan sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk membina serta memupuk tingkah laku pelajar dalam bilik darjah agar proses pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar, manakala aktiviti penyampaian ilmu bertujuan pelajar dapat mencapai objektif spesifik sesuatu pembelajaran. Suasana pembelajaran yang berkesan tidak mungkin terbina dengan hanya memberi tumpuan kepada proses penyampaian isi pengajaran guru sahaja. Ia turut melibatkan aspek pengurusan bilik darjah serta tingkah laku pelajar.
Aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pengurusan adalah penting dan saling berkait. Ia melibatkan perancangan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan. Peningkatan profesionalisme guru di dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah dan yang berkaitan dengannya. Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran, maka perlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, bahan rujukan tambahan sama ada dari buku-buku yang terdapat di kedai-kedai buku atau boleh juga diakses melalui internet. Bagi mendapatkan pengajaran yang berkesan, seseorang guru perlu menyampaikan pengajarannya mengkiut prinsip-prinsip yang tertentu.
Prinsip-prinsip pengajaran yang baik:
1- Murid-murid hendaklah dilibatkan dengan aktif di dalam proses pengajaran.
Prinsip-prinsip pengajaran yang baik:
1- Murid-murid hendaklah dilibatkan dengan aktif di dalam proses pengajaran.
Di dalam proses pengajaran guru hendaklah melibatkan murid-murid untuk menjadikan mereka aktif dari segi mental dan fizikal sepanjang masa dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran. Dalam kebanyakkan situasi pembelajaran, murid-murid belajar dengan lebih baik lagi tentang sesuatu pelajaran berbanding hanya mendengar penerangan guru sahaja. Oleh yang demikian, murid-murid yang aktif melakukan aktiviti jasmani dan mental lebih baik daripada murid-murid yang hanya pasif di dalam kelas.
2- Penggunaan pelbagai kaedah di dalam proses pengajaran.
3- Melakukan perancangan dalam pengajaran
No comments:
Post a Comment