IKLIM DAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH

Iklim dan Persekitaran Bilik Darjah


Iklim dan persekitaran bilik darjah ini berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah.  Suasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran.  Suasana fizikal mampu menggakkan atau menghalang pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru.
     
Perancangan dan penyusunan susunan fizikal bilik darjah melibatkan organisasi, merancang dan menggunakan perkara-perkara yang berkaitan dengan tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai-bagai perabot lain yang sempurna.

      Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak wujud begitu sahaja.  Seseorang guru hendaklah merancang serta melaksanakan kegiatan yang boleh mewujudkan ke arah persekitaran dan iklim yang sedemikian.  Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya.  Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan-pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid.  Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut.

Pengurusan bilik darjah juga akan semakin baik apabila sistem penyeliaan diurus dengan berkesan.  Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan.  Tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada setiap awal tahun secara tidak langsung ia dapat mengembangkan budaya bertanggungjawab, kerjasama serta hubungan baik antara mereka dengan guru dan sesama mereka.

...................................................................................................................................................................


Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan pdp yang berkesan.  Iklim dalam bilik darjah terbahagi kepada tiga aspek, iaitu:
              • suasana fizikal
              • suasana sosial 
              • suasana emosi
................................................................................................................

contoh suasana fizikal





contoh suasana sosial



contoh suasana emosi






................................................................................................................



No comments:

Post a Comment