PENGURUSAN BILIK DARJAH

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENGURUSAN BILIK 
DARJAH????






    Pengurusan  bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkn peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalah satu kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagi membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan. Pengurusan bilik darjah pada umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana dan persekitaran yang kondusif.


     Menurut Lemlech (1988), pengurusan bilik darjah diibaratkan sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan, prosedur dan sumber pengajaran. Ia juga menekankan tentang pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi meningkatkan keberkesan, pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan masalah-masalah yang mungkin akan timbul.

    Levin dan Nolan (2004), mereka memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran.











No comments:

Post a Comment